Bio Desaru Berjaya Menarik Pelaburan Sebanyak RM1.2 Bilion

bioKOTA ISKANDAR, 22 Nov – Sebanyak RM1.2 bilion pelaburan telah diterima menerusi projek pengeluaran makanan Bio Desaru sehingga September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ismail Mohamad berkata sebanyak 29 projek yang sedang dan telah dibangunkan di atas kawasan seluas 6,900 ekar itu.

“Sehingga kini Bio Desaru telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM1.2 bilion dari dalam dan luar Negara yang mana sebanyak 29 projek telah dan bakal dibangunkan di atas kawasan seluas lebih kurang 6,900 ekar.

“Secara keseluruhannya pembangunan Bio Desaru terdiri daripada projek pertanian (20 peratus), projek penternakan (23 peratus), projek bio pelancongan (12 peratus) dan lain-lain pembangunan infrastruktur asas, fasiliti bio sekuriti dan kawasan tidak sesuai tani (14 peratus),” katanya.

Beliau berkata, antara hasil yang telah dikeluarkan ialah benih udang, telur ayam, anak ayam herba, beraneka spesis herba, aloevera dan sarang burung walit.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk M. Asojan (BN-Bukit Gambir) mengenai jumlah keluasan yang telah digunakan serta bahan organik yang dikeluarkan oleh Bio Desaru pada Persidangan Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun sehingga kini Bio Desaru masih menerima beberapa permohonan baru, namun atas faktor keluasan tanah yang semakin terhad, ia memberi fokus kepada aktiviti huluan.

“Bio Desaru memberi tumpuan kepada aktiviti seperti penghasilan benih dan baka bagi memastikan pembangunannya selari dengan polisi keselamatan makanan, pembangunan vertical farming, pembangunan sosio-ekonomi menerusi program pembangunan Bioekonomi Komuniti (BCDP) dengan penglibatan komuniti setempat.

“Selain itu, langkah alternatif adalah seperti memanfaatkan perairan sungai dan laut Johor yang sesuai bagi aktiviti ternakan dan akuakultur,” katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial