BOYS OF STRAITS (BOS)

ONE_6977ONE_6973ONE_5961ONE_1767ONE_1182ONE_9604ONE_7099ONE_1740

Boys Of Straits atau BOS ditubuhkan pada Januari 2010. Pada awal penubuhan, kumpulan sorak ini menggunakan nama Southern Troops Ultras dan keahliannya terdiri dari lima orang sahaja.

Matlamat utama penubuhan kumpulan ini adalah untuk memberikan sokongan kepada semua pasukan bolasepak dari Johor yang terlibat dalam setiap perlawanan.

Walaupun jumlah ahlinya tidak ramai, mereka tetap hadir ke stadium untuk bersorak dan menyanyikan lagu semangat sebagai tanda sokongan padu.

Namun begitu, memandangkan jumlah ahlinya yang tidak ramai kumpulan ini dikatakan tidak layak untuk menggunakan nama ultras dan kemudiannya menukar nama kepada Boys Of Straits (BOS) pada awal tahun 2012.

Menurut jurucakap BOS, Faiz Jalal, keahlian BOS kian meningkat setiap masa dan sambutan untuk menjadi krew comrad juga meningkat.

“Jika dahulu kami hanya berlima untuk melakukan gerakan tarian dan menyanyi untuk memberi sokongan, kini krew comrad boleh mencecah hingga 3500 orang dalam satu perlawanan,” katanya.

Selain hadir untuk memberikan sokongan dengan cara menyanyi dan bersorak, kehadiran krew comrad ini juga melihatkan semangat cintakan negeri dan setia kawan dikalangan mereka.

“Hubungan semua krew adalah rapat walaupun kami jarang berjumpa. Tidak dinafikan, ada diantara kami yang saling tidak mengenali namun ia tidak  menjadi halangan untuk kami bersatu dan bergabung untuk memberikan sokongan padu kepada setiap pasukan bola sepak dari Johor,” katanya.

Memandangkan pertambahan krew comrad yang sukar dijangka ahlinya , pihak BOS akan menyediakan beberapa orang capo untuk mengatasi situasi seumpama itu.

Capo merupakan watak penting setiap kali BOS turun ke padang untuk memberikan sokongan kepada pasukan Johor yang bertanding. Capo bertindak menyusun gerakan dan menentukan setiap lagu yang akan dimainkan.

“Dengan adanya Capo, pergerakan krew comrad akan menjadi cantik dan tersusun. Di samping itu, pemain drum juga akan tahu lagu apa yang akan dimainkan setiap kali perlawanan. Capo akan mengetuai semua,” katanya.

Selain nyanyian dan pergerakan yang berjaya mencuri tumpuan penonton, cara berpakaian juga berjaya menarik tumpuan. Berbaju hitam, seluar berceloreng dan menutup muka, ia sememangnya unik dan memberikan kelainan.

“Sejak dari awal inilah cara pakaian yang kami tetapkan. Tapi bagi ahli yang tidak mempunyai seluar celoreng mereka boleh mengenakan seluar jeans gelap dan berbaju hitam yang tidak mewakili mana-mana pasukan dari dalam dan luar negara,” katanya.

Bercakap mengenai pergerakan BOS, Faiz berkata mereka bergerak secara sukarela dan menggunakan dana sendiri untuk menghadiri setiap perlawanan dan membeli peralatan.

Katanya, bagi mengumpul dana, pengurusan BOS membuka gerai di Larkin dengan menjual barangan cenderahati seperti t-shirt, mufla dan stiker.

“Hasil jualan ini kami gunakan sebagai tambahan untuk menampung perbelanjaan seperti sewa bas dan membaiki drum untuk digunakan pada setiap perlawanan,” katanya.

Bagi memastikan setiap ahlinya mengetahui jadual dan gerak kerja yang disusun, BOS akan menghebahkannya melalui laman web dan juga facebook.

Selain itu, sistem sms dan hebahan dari mulut ke mulut juga digunakan supaya tidak ada ahli yang terlepas peluang untuk hadir ke stadium.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial