British Columbia Buka Pejabat Perdagangan dan Pelaburan di Johor Bahru

menteri-british-columbia-dan-kj-5

ISKANDAR PUTERI, 2 Nov – Wilayah British Columbia (BC), Kanada bakal membuka sebuah Pejabat Wakil Perdagangan dan Pelaburan di Johor Bahru pada tahun 2017 bagi membangunkan peluang perdagangan dan pelaburan yang produktif di Malaysia.

Menurut Menteri Kewangan wilayah itu, Michael de Jong, dengan pembukaan pejabat itu yang dijangka memulakan operasi pada bulan Januari, mereka merancang untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam beberapa sektor seperti penerbangan, aeroangkasa, teknologi hijau, pendidikan serta kewangan.

“Kami menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Ibrahim kerana secara peribadi memainkan peranan mengeratkan lagi hubungan dua hala negeri-negeri kami sehingga ke peringkat ini.

“Langkah ini adalah penzahiran keyakinan kami kepada potensi yang dimiliki Malaysia, khususnya Johor, dan telah menarik kami untuk melabur secara aktif dan mengambil bahagian dalam pembangunan rancak yang sedang berlaku di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Ismail Karim.

Pejabat Pedagangan dan Pelaburan di Malaysia merupakan yang ketiga di ASEAN selepas cawangan di Manila, Filipina dan Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, Tee bagi pihak kerajaan negeri menyambut baik kerjasama yang bakal terjalin bersama BC dan berharap ia akan menarik lebih banyak pelaburan ke Johor.

“Johor telah mencapai prestasi yang amat baik dalam pertumbuhan ekonominya, ekoran ekosistem dan persekitaran perdagangannya yang kompetitif.

“British Columbia telah membuat pilihan yang baik, dan sudah tentu ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala bukan sahaja Johor dan BC tetapi juga Malaysia dan Kanada.”

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial