Bumiputera Harus Bersedia Menerima Manfaat Limpahan Pembangunan

Mohamed Khaled menandatangani plak sempena lawatannya sambil diperhatikan rakan usahasama Kumpulan Pendidikan Paragon, (dari kiri) Datuk Seri Wiliarto Kuosastra, Datuk Tan Eng Boon dan Datuk Seri Edwin Tan Pei Seng.
Mohamed Khaled menandatangani plak sempena lawatannya sambil diperhatikan rakan usahasama Paragon Education, (dari kiri) Datuk Seri Wiliarto Kuosastra, Datuk Tan Eng Boon dan Datuk Seri Edwin Tan Pei Seng.

JOHOR BAHRU, 15 Dis – Pembangunan pesat di Johor akan mewujudkan pelbagai peluang untuk kesemua rakyatnya bagi menambah baik taraf kehidupan mereka.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata persoalan sebenar adalah sama ada rakyat Johor termasuk bumiputera bersedia untuk mengambil manfaat hasil pertumbuhan dan kemajuan di negeri itu.

“Peluang akan banyak di Johor ini, soalnya adakah semua rakyat termasuk bumiputera akan menyiapkan dan menyediakan diri untuk ambil peluang itu melalui pencapaian mereka dalam pendidikan, dan juga pencapaian mereka dalam kemahiran?

“Kalau mereka tiada itu, tiada siapa yang dapat bantu mereka. Itu sebabnya kerajaan sediakan segala ruang untuk rakyat di Johor ini dapat peluang pendidikan dan peluang kemahiran.

img_6329

Mohamed Khaled diberi taklimat oleh Pengarah Pemasaran Sekolah Swasta & Antarabangsa Paragon, Chua Sing Zhi (kanan) sewatu tinjauan ke sekitar sekolah itu
Mohamed Khaled diberi taklimat oleh Pengarah Pemasaran Sekolah Swasta & Antarabangsa Paragon, Chua Sing Zhi sewatu tinjauan ke sekitar sekolah itu

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan ke Sekolah Swasta dan Antarabangsa Paragon di Plentong, hari ini.

Sekolah itu bakal memulakan operasi pada 2 Januari tahun hadapan dengan kemampuan untuk menampung sehingga 2,400 pelajar dan dilengkapi kemudahan perpustakaan moden, kolam renang, serta menawarkan silibus Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE) di kampusnya yang berkeluasan 10 ekar.

Tambah beliau, dengan pemeteraian perjanjian Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura, pelbagai peluang dan manfaat akan dinikmati sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan negeri Johor.

“Kita menyambut baik usaha ini dan kita di Johor akan memulakan langkah-langkah untuk bersedia menentukan manfaat yang maksimum dapat kita lakukan.

“Kita ada masa untuk merangka dan merancang di samping juga kita percaya ia akan dapat memantapkan lagi usaha-usaha pembangunan yang sememangnya kita tetapkan bagi daerah-daerah di mana laluan tersebut akan dibina,” kata beliau.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial