CABARAN GETIR FELDA BERTEMU JDT

6849616984_59d2222d59
JURULATIH Perak, Abu Bakar Fadzim menjangkakan Felda United berdepan cabaran getir dalam perlawanan itu nanti.
 
Katanya, ini disebabkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai pemain yang rata-rata berpengalaman dan berkebolehan menjaringkan gol selain mampu melakukan serangan daripada setiap sudut.
 
"Ini akan memberikan kelebihan besar kepada JDT," katanya dalam sidang media selepas pertemuan dengan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
 
Mengulas kekalahan 1-4 kepada JDT, Abu Bakar berkata, ia berpunca daripada sikap pemainnya yang banyak melakukan kesilapan hingga menyebabkan barisan pertahanan longgar khususnya pada separuh masa kedua.
 
"Kami boleh memberi tentangan tetapi penyudah kami agak tumpul. Keadaan bertambah buruk apabila pertahanan kami longgar," katanya.‎ – Bernama
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial