Cadangan Wujudkan Teksi Air Johor-Singapura Sedang Dikaji

image

 

JOHOR BAHRU, 26 Julai – Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk mewujudkan perkhidmatan teksi air antara Johor dan Singapura sebagai salah satu alternatif mengatasi masalah kesesakan lalu lintas merentasi kedua-kedua negara.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan pekhidmatan teksi air itu akan menawarkan perkhidmatan melalui laut dari terminal feri di Changi, Singapura dan sebuah terminal baharu yang akan dibina di Kong-Kong, Pasir Gudang.

Beliau berkata ia akan menjimatkan masa perjalanan khususnya mereka yang berada di Pasir Gudang.

“Memang ada cadangan untuk melaksanakan operasi teksi air yang turut boleh membawa bersamanya kenderaan dari Changi ke satu terminal baharu di Kong-Kong. Ia akan menghubungkan Singapura dengan sebelah Timur Johor Bahru dalam masa 20 minit.

“Ia sesuatu yang kita amat alu-alukan, perlu kita promosikan dan galakkan kerana dengan adanya perkhidmatan itu ia boleh mengatasi atau mengurangkan tumpuan penggunaan kenderaan di Tambak Johor dan Linkedua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Jamuan Aidilfitri bersama 200 ahli Persatuan Pemandu Teksi Johor Bahru-Singapura di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata cadangan mengenai teksi air itu akan dibawa kepada Kerajaan Pusat untuk dipertimbangkan.

“Perkara ini akan dibawa untuk pertimbangan pusat dan kita akan tahu keputusannya kemudian.

“Jika Kuala Lumpur beri kebenaran, mereka akan buat kajian dan mungkin tahun depan kita akan saksikan perkhidmatan ini,” katanya.

Tambah percaya kewujudan perkhidmatan teksi air itu juga bakal memberi kesan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Kong-Kong.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial