Cakna Najib Pada Johor

IMG_9452resize IMG_9394resize IMG_3198resize

Lawatan ke Pengerang, Mersing dan Batu Pahat Tinjau Pembangunan

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

JOHOR sentiasa dalam perhatian dan keutamaan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, apabila Perdana Menteri meluangkan masa meninjau ke beberapa daerah bagi melihat sendiri perkembangan di negeri ini.

Dalam kunjungan sehari itu, beliau melawat Pengerang, Mersing dan Batu Pahat.

Di Pengerang, Dato’ Seri Najib dibawa meninjau sekitar pembinaan Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd (PITSB) sebelum mendengar taklimat pembangunan di situ.

Dalam ucapannya, beliau berkata  PITSB akan menambah RM16 bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang bagi membiayai membangunkan kawasan itu bagi memenuhi permintaan masa hadapan meluaskan zon terminal bebas daripada 1.3 juta meter padu kepada 10 juta meter padu dalam tempoh 10 tahun. Dengan setiap RM1 bilion pelaburan, kesan berganda menjadi RM20 bilion.

“Dengan adanya limpahan aktiviti ekonomi yang semakin pesat ini, saya harap ia akan mendorong lebih ramai anak muda Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menceburkan diri dalam bidang minyak, gas dan petrokimia,” katanya.

Kunjungan YAB Perdana Menteri itu diteruskan ke Felda Tenggaroh 3 bagi melancarkan projek pertanian bersepadu berteknologi tinggi – Sentuhan Kasih FELDA yang melibatkan penyertaan belia dari kalangan generasi baharu FELDA dalam penanaman buah-buahan dan sayur,  penternakan ikan air tawar serta ayam kampung.

Lawatan sehari ke Johor diakhiri dengan Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang di Kampung Parit Haji Ali, Batu Pahat.

Konvensyen UMNO Johor 2014

Dato’ Seri Najib Tun Razak sekali lagi menjejakkan kaki ke Johor apabila merasmikan Konvensyen UMNO Johor 2014 pada 14 November lalu.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pengislahan parti itu perlu bermula dengan anggota dan pemimpin parti itu sendiri. 

"Ia mesti terbit daripada kita sendiri, bermula daripada cinta kepada parti.  Ia perlu dipegang oleh semua anggota UMNO dengan semangat daya juang berhabis-habisan tanpa mengira ganjaran, kedudukan dan kepentingan," katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial