CALON UPSR DIGALAK JAGA KESIHATAN SEMASA JEREBU – KHALED NORDIN

11942073_509091062587543_6282042520003943853_o

Menteri Besar Johor mengingatkan kepada semua calon ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) di seluruh negeri, agar mengutamakan kesihatan dengan digesa memakai topeng mulut dan hidung sekiranya keadaan jerebu di kawasan terlibat bertambah teruk.

Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, penduduk di kawasan yang terjejas dengan jerebu, seharusnya mengambil langkah perlindungan yang sewajarnya.

Jelas beliau, biarpun fenomena jerebu bukan sesuatu yang baharu dan berlaku hampir setiap tahun, penduduk di kawasan terjejas perlu mengikuti langkah-langkah dan panduan diberikan oleh jabatan berkaitan.- TV SELATAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial