Cetus Faktor ‘Wow’ – Muhyiddin

IMG_7004 IMG_6923 IMG_1361 IMG_1318 IMG_7013

TPM turut minta anak Melayu kuasai Bahasa Inggeris

Oleh Sofiayana Ellmy Sukor

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan sehari ke Johor apabila menghadiri Sesi Taklimat Pembangunan Negeri Johor di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Kota Iskandar.

Selepas taklimat, beliau menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Tun Fatimah (STF) 2014 yang mana antara intipati ucapannya mengenai penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar yang perlu diberi penekanan ibu bapa dan sering dibincangkan mengenai  kepentingannya oleh masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan melatih semula 5,000 guru Bahasa Inggeris tahun lalu manakala 20,000 guru lagi tahun ini.

“Kita gerakkan hasrat ini (penguasaan Bahasa Inggeris) tahun lepas seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan rendah dan menengah kita,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika berucap pada majlis itu di STF.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor,  Dato’  Ismail Karim serta Pengetua STF, Puan Kamisah Aziz.

Beliau turut memuji kejayaan STF muncul Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan menerima tujuh Anugerah Platinum dan tiga Anugerah Perak.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM7.7 juta yang akan disalurkan menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) bagi membina sebuah dewan serbaguna dan blok asrama empat tingkat bagi menampung keperluan pelajar STF.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi

Muhyiddin dalam majlis di Kota Tinggi menggesa ahli UMNO untuk menonjolkan faktor ‘wow’ yang luar biasa sebagai usaha memastikan perjuangan parti terus relevan dan diterima rakyat.

Tegasnya, banyak perkara telah dibuat oleh kerajaan seperti pembangunan ekonomi dan sebagainya, namua ia dilihat seperti tidak mempunyai nilai yang besar oleh rakyat.

“Mereka iktiraf pembangunan ini, tetapi ia dilihat sebagai perkara biasa,” katanya.

Katanya, setiap bahagian perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea-idea yang mempunyai faktor ‘wow’ itu.

“Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di peringkat Majlis Tertinggi bagi menilai sama ada idea itu mempunyai faktor ‘wow’ dan boleh dilaksanakan,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial