CHANTURU BUAT PILIHAN TEPAT SERTAI JDT

chanturu

Bekas pemain Sarawak S. Chanturu meluahkan rasa bangga dapat beraksi buat pasukan selatan Johor Darul Takzim (JDT) selepas bantu kelab itu mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Chanturu menyatakan rasa bangganya menerusi laman sosial rasmi Facebook JDT.

"Terima kasih saya ucapkan kepada DYAM Tunku Mahkota Johor kerana memberi saya peluang bermain dalam pasukan ini dan juga kepada rakan sepasukan yang sentiasa memberi kerjasama baik," katanya.

Pemain tengah berasal dari Kedah itu turut sempat mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia The Southern Tigers kerana tidak henti-henti melaungkan sokongan.

Chanturu merupakan diantara 7 muka baru dibawa masuk JDT ketika itu dibawah kendalian Bojan Hodak .- ASTRO ARENA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial