Cinta Dalam Seksa

123

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 turut lindungi suami

Oleh Sofiayana Ellmy Sukor

Kebahagiaan rumahtangga  bergantung kepada corak ia dikemudikan oleh suami selaku ketua keluarga. Bagaimana sekiranya ketua keluarga yang diharap menyemai kebahagian itu tidak melaksanakan amanah sebaiknya berubah laku menjadi seorang yang ganas dan isteri menjadi mangsa. Suami turut mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Peguambela dan Peguamcara, Siti Farha Garieb, berkata pendedahan wanita terhadap hak dan undang-undang yang dapat melindungi mereka memang masih kurang walaupun pasangan itu dikurniakan anak dan ada juga kes yang dilaporkan menyebabkan kematian.

Di Malaysia, terdapat akta yang dikuatkuasakan dan digunapakai untuk melindungi wanita dari menjadi mangsa keganasan rumahtangga iaitu Akta Keganasan Rumahtangga 1994. Ia digunapakai bukan sahaja kepada isteri malah untuk segelintir suami yang menghadapi masalah  serupa.

Akta ini mentakrifkan keganasan seperti berikut:

▪     Keganasan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

▪     Perbuatan pasangan yang meletakkan diri pasangannya berada dalam keadaan ketakutan akan dikenakan kecederaan fizikal.

▪     Dikurung oleh pasangannya.

▪     Merosakkan harta benda dengan niat menakutkannya atau memaksa pasangan melakukan sesuatu yang dia berhak untuk tidak melakukannya.

Nasihat kepada Mangsa

▪     Segera membuat laporan di Balai Polis untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya        suami tidak dibenarkan mendekati isteri, termasuk tidak boleh memukul atau menderanya.

▪    Hubungi Talian Teledera: 1 800 88 3040 atau hadir di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan perlindungan dan khidmat nasihat.

▪     Hadir ke One Stop Crisis Centre (OSCS) untuk mendapatkan rawatan kesan dari keganasan rumahtangga ini. Pihak hospital akan memberi layanan khusus di mana kesihatan, keamanan, kerahsiaan dan keselamatan mangsa adalah dilindungi.

Menurut Farha, ramai di kalangan mangsa tidak mahu tampil ke hadapan membuat laporan kerana malu dengan persepsi masyarakat sekeliling dan hilang tempat bergantung. Selain itu, ada mangsa yang takut ugutan suami untuk meninggalkan mereka di samping mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil.

Terlalu mencintai suami hingga sanggup didera, mudah pasrah dan berputus asa, patuh kepada agama dan ketagihan dikenakan kekerasan fizikal merupakan faktor lain yang dilihat menyumbang punca sesetengah wanita sanggup membela suami dan menghadapi situasi itu seorang diri.

 “Kita tidak mahu ia berlarutan hingga mampu meragut nyawa. Nasihat saya, jangan kerana cinta, nyawa sendiri tergadai,” katanya.

infographic

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial