CONTOHI USAHA TMJ MAJUKAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR – ZULKURNAIN

1660628_1881253152100425_6339213485633846924_n

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil contoh usaha Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membangunkan dan memajukan bola sepak di negeri Johor.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan, sudah tiba masa untuk FAM menggunakan kepakaran jurulatih luar dalam memastikan kebangkitan semula pasukan bola sepak negara dengan kadar segera.


Beliau berkata demikian kepada TV Selatan selepas merasmikan Kejohanan Muaythai Lion Warrior Sempena Kemerdekaan 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn, Batu Pahat.

Menurut beliau, ketika ini FAM perlu mencari jurulatih luar yang mempunyai rekod kejurulatihan yang baik selain bijak mengoptimumkan kemampuan pemain Malaysia yang sedia ada.


Pada 4 Sept lepas, Ketua Jurulatih pasukan bola sepak negara, Dollah Salleh meletakkan jawatan selepas pasukan bimbingannya tewas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 /Piala Asia 2019.


Ini adalah kekalahan paling besar dan memalukan dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak negara merdeka 58 tahun lalu – TV SELATAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial