” CUBA TENGOK APA YANG ADIK NI PEGANG “

SHAH ALAM – "Cuba tengok apa yang adik ini pegang," demikian kapsyen gambar yang ditulis finalis Pendakwah Daie Musim Kedua, Izzhar Nazri berkenaan gambar yang menunjukan seorang pemain  bola sepak Malaysia bawah 13 tahun memegang al-Quran tatkala berada dalam kapal terbang.

Bercerita lagi Izzhar berkata, dia sering mengikuti perkembangan skuad ini dan dia menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian 'adik-adik ini.

"Saya antara yang ikuti perkembangan pasukan bola sepak Malaysia Bawah 13. Mereka belasah hampir semua pasukan di England!

"Semalam mereka selamat sampai ke Malaysia selepas tamat #JelajahUK2015. Selain latihan memantapkan fizikal dan mental, antara faktor mereka digeruni adalah punyai rohani yang mantap," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Izzhar berkata pemain-pemain ini juga  'pandai menjaga agama' ketika bersukan.

"Adik-adik ini menutup aurat setiap kali perlawanan dan melazimi bacaan quran untuk menguatkan spritual mereka. Cenggini!," tulisnya.

Terdahulu dalam perkembangan  #JelajahUK2015 #TeamNFDP menunjukan pencapaian yang sangat membanggakan.

Anak buah Lim Teong Kim itu membelasah Crystal Palace B13 7-0 pada Jumaat lepas.

Keputusan yang sama dicatat dalam perlawanan pertama jelajah UK menentang Barnsley Schools FA B13.

Jelajah UK tahun ini menyaksikan Malaysia berpeluang bertemu dengan pasukan di luar London seperti Manchester City, Sheffield Wednesday, Barnsley dan Liverpool.

Dalam sepuluh perlawanan yang diadakan, Malaysia hanya tewas sekali kepada City (0-2) dan seri dengan Reading (1-1).

Jelajah UK buat pemain bawah 13 tahun negara kali ini amat mencabar berbanding tahun lalu.

Mereka terpaksa bermain dalam keadaan cuaca sejuk namun tetap mencapai keputusan yang membanggakan.

Skuad Bawah 13 Malaysia dianggotai oleh Penyerang: Asman Asrul nombor 8, Luqman Hakim  10 ; Arif Aiman   13; Danial Amali 33;  Pemain Tengah: Amirul Ashrafiq  23

Haikal Rosdi nombor 26; Pemain Tengah: Alif Daniel 14 ; Haikal Alif  15 ; Alias Alan  17 – Ketua Pasukan; Pemain Tengah 2: Ikhwan Hafizo 6; Aleff Haedi 7;  Alif 'Kancil' Mutalib 9;  Naven Raj 11Pertahanan: Firdaus Ramli  20 ; Danial Romizan  24; Amir Ariffin  16; Amran Abd Jamil  18 ; Fahmi Daniel 19; Pertahanan 2; Danish Ishak 4; Hariz Mansor ;5 ; Raimi Shamsul 12; Penjaga Gol: Sikh Izhan Nazrel 1; Daniel Akmal 22;  Abdul Alim Al-Amri 32.- SINAR HARIAN
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial