CUBAAN SELUDUP POKOK BERNILAI RM200,000

image (2)

JOHOR BAHRU –   Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk pokok bernilai RM200,000.

Penolong Pengarahnya, Siti Nur Ahmad berkata, dua lori yang membawa muatan itu ditahan ketika melalui laluan masuk ke negara ini di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) kira-kira jam 5.50 petang, kelmarin.

“Aktiviti penyeludupan pokok ini telah lama diperhatikan dan hasil kerjasama dengan pihak Kastam, kita mengesan dua lori ini yang cuba membawa masuk secara haram pokok-pokok berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lori berkenaan membawa ‘ornamental plant’ bersama tanah yang menyalahi Peraturan Kuarantin 1981 kerana tiada permit pengimportan dari Jabatan Pertanian,” katanya.

Siti Nur berkata, pokok tersebut diimport dari China dibawa masuk melalui Singapura ke Malaysia.

“Nama saintifik pokok-pokok tersebut masuk belum dikenal pasti dan pemeriksaan secara menyeluruh sedang dilakukan.

“Turut ditahan dua lelaki iaitu pemandu lori berkenaan yang berusia 40an,” katanya.

Katanya, rampasan tersebut merupakan kes terbesar yang direkodkan Maqis Johor di BSI bagi tahun ini.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial