Cuti Mingguan Negeri Johor Ditukar Selepas 20 Tahun Pemakaiannya

Latar Belakang

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang

DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah bertitah supaya hari cuti mingguan negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Titah itu telah dibuat pada 23 November 2013 iaitu pada Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan baginda.

 

Waktu Bekerja

Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010 “Penyeragaman Waktu

Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan di Negeri-negeri yang Hari

Rehat Mingguannya ialah Hari Jumaat”, maka Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi Agensi

Kerajaan di negeri Johor adalah seperti berikut;

           

Hari Ahad hingga Rabu          –          7.30 pagi hingga 4.30 petang

                                                      8.00 pagi hingga 5.00 petang

                                                      8.30 pagi hingga 5.30 petang

 

            Hari Khamis              –         7.30 pagi hingga 3.00 petang

                                                      8.00 pagi hingga 3.30 petang

                                                      8.30 pagi hingga 4.00 petang

 

            Waktu Rehat            –          1.00 tengahari hingga 2.00 petang

 

 

Gantian Hari Kelepasan

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya, dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Pemakaian

Dengan berkuatkuasa Pekeliling Am ini , Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil.2./1993, “Perubahan Cuti Mingguan” adalah terbatal dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010 “Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah Hari Jumaat” adalah ditimbalguna pemakaiannya.

Pekeliling ini hendaklah diterima pemakaiannya oleh semua Jabatan Negeri, dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Negeri dan Persekutuan di negeri Johor.

Arahan tertentu waktu persekolahan akan dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Johor.

Arahan tertentu waktu persekolahan bagi sekolah agama Negeri Johor akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Johor.

*Sumber dari Setiausaha Kerajaan Johor

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial