” DAH JEMPUT, TAK DATANG PULA ” – TUNKU ISMAIL

image

KUALA LUMPUR: Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,'terkilan' apabila jemputannya untuk peminat gelap atau closet fan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, tidak mendapat sambutan.

Laman Facebook Johor Southern Tigers semalam memuat naik sekeping gambar Tengku Mahkota Johor itu bersendirian di meja makan, dengan status berbunyi "Dah pelawa pun, tak datang juga".

Dah pelawa tak datang pula, kata TMJ

51440663527_freesize

Rata-rata komen di laman Facebook itu meluahkan rasa terkejut kerana sangka mereka, ia hanyalah gurauan.


Tunku Ismail, atau TMJ, sebelum itu menjemput peminat gelap JDT untuk hadir ke majlis jamuan makan bertempat di Istana Bukit Pelangi. Ia dijadualkan berlangsung pada Rabu, jam 8.30 malam.

Pertemuan itu bertujuan memberi peluang kepada golongan itu meluahkan rasa tidak puas hati di samping berkongsi pendapat tentang situasi bola sepak tempatan.- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial