DANA BANTU PESAKIT ARTRITIS

image (7)

NUSAJAYA – Kos pembedahan yang mahal sehingga mencecah puluhan ribu ringgit menjadi penyebab pesakit artritis tidak dapat dirawat.

Atas dasar tanggungjawab sosial tersebut, Hospital Columbia Asia Nusajaya memberi peluang kedua buat pesakit ini mendapatkan dana mencukupi yang turut mendapat penglibatan awam.

Lebih daripada 250 peserta termasuk orang ramai, pekerja, pelanggan korporat dan rakan kongsi hospital menyertai acara amal berjalan bersama keluarga sejauh 3.3 kilometer yang diadakan baru-baru ini.

Program turut mendapat kerjasama Yayasan Artritis Malaysia bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit artritis yang mendapatkan rawatan dan pembedahan di hospital.

Pengurus Besarnya, Rahani Yaacob berkata, acara itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat hospital selain membantu mewujudkan kesedaran mengenai artritis dan juga menyumbang semula kepada masyarakat.

“Dana yang diperoleh daripada acara ini memberi peluang kepada pesakit artritis yang menghadapi masalah dari segi kewangan selain memberi peluang kepada pesakit mendapatkan kehidupan yang berkualiti.

“Sumbangan bergantung kepada jumlah dana yang berjaya dikumpulkan yang akan digunakan untuk membiayai kos penggantian sendi untuk pesakit yang layak,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perunding Bedah Ortopedik, Dr Yoga Raj berkata anggaran jumlah kos pembedahan di antara RM25,000 menyebabkan pesakit tidak mampu menanggung selain tidak mempunyai pilihan.

“Dana yang diperoleh akan membantu untuk menanggung kos implan manakala caj hospital dan yuran perunding akan diserap dengan sewajarnya.

“Bagi pesakit artritis ringan, rawatan perubatan boleh melambatkan perkembangan artritis. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes yang teruk melibatkan sendi yang terjejas perlu dilakukan pembedahan,” katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial