DATO’ AC MIZAL

IMG_7765 edit

 

Imbangi kerjaya seni dengan minat dan pengurusan masa yang efisien

Bakatnya dicungkil seawal usia 20 tahun apabila bertapak dalam bidang nyanyian melalui Kumpulan 4U2C yang diangkat sebagai kumpulan rap pertama di Malaysia pada 1991.

Album pertama dengan lagu hits ‘Fiona’ mendapat sambutan luar biasa peminat dan mendorong penghasilan tiga album lain – LUV 2 C U, 2BD#1 dan Kenangan Cinta yang   mencapai jualan 200,000 unit (Double Platinum) tiap satu.

Kejayaan dalam bidang nyanyian disokong pula dengan penghasilan soundtrack ‘Gerak Khas The Movie’ 1 & 2, solo ‘Tassamaqu’, soundtrack ‘Baik Punya Cilok’, single ‘Di Sini’, single ‘Apokono Eh Jang’, single ‘Al-Haq’ dan terbaharu single ‘Paranoid’.

Dato’ Mizal Zaini, 43, atau lebih dikenali sebagai Dato’ AC Mizal terus mengorak langkah anak seni dengan berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas arahan Dato’ Yusof Haslam. 

Seterusnya, beliau menjadi pilihan pengarah dan penerbit filem apabila apabila berlakon dalam Gerak Khas The Movie, Buli, Baik Punya Cilok, Zombie Kampung Pisang, Laus N Faus, Cuci, Cicakman 2 dan My Spy.

Dato’ AC Mizal turut aktif dalam di pentas apabila membintangi Teater Puteri Gunung Ledang, Cuci The Musical dan Tun Mahathir.

Rahsia kejayaan

Minat mendalam serta pengurusan masa yang efisien adalah rahsia kejayaan Dato’ AC di dalam semua karier yang diceburi.

“Tanpa minat mendalam dan sentiasa memberi alasan tiada masa, kita akan sentiasa mencari helah untuk tidak melakukannya. Selain karier dalam bidang seni, perancangan awal dalam bidang perniagaan yang saya ceburi juga memerlukan perhatian bagi memastikan kelancaran perjalanan syarikat,” katanya.

Pencapaian yang dikecapi hari ini juga adalah atas sokongan dan dorongan keluarga, terutama isteri, Datin Emylia Rosnaida yang bertindak sebagai pengurus. Perjalanan kerjaya seni Dato’ AC juga diatur dan dirancang oleh Astro dan Sony Music Malaysia.

Artis Eksklusif Astro

Penglibatan dalam bidang pengacaraan terutamanya Maharaja Lawak dan Akademi Fantasi banyak membantu menaikkan nama beliau selaku Artis Eksklusif Astro. 

Peluang sebagai Artis Eksklusif Astro memberi kesempatan kepadanya untuk menguji kemampuan dalam bidang pengacaraan berbentuk talkshow seperti Sembang Teh Tarik, #HavocWarna serta AC Di Sini.

Selain talkshow, beliau juga turut mengendalikan pengacaraan berbentuk gameshow seperti ‘Moneydrop’, Betul Ke Bohong, Aksi Cabaran Ekstrem serta Kembara Malaysia, dan menyifatkan tugas mengendalikan kedua-dua bentuk pengacaraan ini sangat mencabar kerana perlu beraksi secara spontan.

Bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Malaysia, Dato’ AC melebarkan sayap nyanyian dengan projek terbaru single ‘Paranoid’ berduet dengan artis antarabangsa Indonesia, Luna Maya.

Selain pengacaraan di televisyen, beliau juga berjinak-jinak sebagai deejay di Radio Era FM.

Pembangunan Negeri Johor

Sebagai anak jati Johor yang dilahirkan di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru beliau sangat peka dan mengikuti perkembangan pesat negeri kelahirannya.

“Saya sangat teruja dengan pembangunan Johor baik dari sudut ekonomi mahupun sosial.  Apabila melihat pada perkembangan ekonomi, banyak pembaharuan dan pembangunan yang sudah dan sedang dilaksanakan terutama dalam Iskandar Malaysia. Kemajuan dan pembangunan ini setanding dengan negara membangun lain seperti Singapura,” katanya.

Bercakap soal sosial pula, beliau berpendapat penduduk Johor sangat menjaga budaya yang kaya dengan budi bahasa, lemah lembut dan sopan santun serta tidak sesekali terkesan dek pembangunan pesatnya.

IKON - Dato AC 3 infographic

 

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial