Dato’ Obet Tawil

obettawil

TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat selama 34 tahun menabur khidmat dan bakti demi kepentingan rakyat serta negeri. Itulah hakikat yang diluahkan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri  (SUK) Johor, Dato’ Obet Tawil, ketika ditemui  Jauhar,  baru-baru ini.

“Selepas ini saya akan merindui persiapan untuk pergi bekerja seperti mana selalu,” katanya sebagai menggambarkan itu adalah antara perkara yang dirasakan ‘hilang’ selepas beliau bersara daripada jawatan SUK pada 10 April 2014 lalu.

“Sampai sekarang pun terasa. Biasanya saya bangun awal, tetapi lepas solat Subuh sekarang saya sudah tidak tahu hendak buat apa.

“Memang saya rasa kehilangan,” katanya.

Dato’ Obet, 60, memulakan perkhidmatan dalam kerajaan negeri Johor pada 1979 dan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 Mac 2011 menggantikan Datuk Abdul Latiff Yusof, yang bersara wajib.  

Beliau berkata, sepanjang 34  tahun

kerjayanya dalam perkhidmatan awam, pengalaman paling manis bagi beliau adalah apabila Kerajaan Negeri berjaya dalam kes mahkamah membabitkan satu  tuntutan bernilai RM1.2 bilion.

“Instrumen berusia kira-kira 100 tahun tersimpan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kita kemukakan di mahkamah, dan ia diterima maka tuntutan itu tidak berjaya,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada kakitangan awam Johor supaya memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan kepada rakyat.

“Saya berharap semua dapat bekerja dengan penuh dedikasi dan berintigriti dalam melaksanakan agenda kerajaan,” katanya.

Sementara itu,  Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, menyifatkan persaraan Dato’ Obet merupakan satu kehilangan kepada perkhidmatan awam negeri terutama dari segi kepimpinan dan berpengalaman luas dalam pelbagai jawatan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial