DATUK JAMAL YUNOS JANGAN CAMPUR URUSAN UMNO JOHOR – HAHASRIN HASHIM

image (3)

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor, Datuk Jamal Yunos diberi amaran agar tidak mencampuri urusan Umno Johor, lebih-lebih lagi membabitkan Datuk Seri Khaled Nordin, kata, Hahasrin Hashim.

Ketua Pemuda Johor itu mengingatkan Jamal, kritikannya terhadap menteri besar Johor itu adalah satu penghinaan kerana beliau merupakan pengerusi perhubungan Umno negeri itu.

"Satu penghinaan kepada kami Pemuda Johor apabila ketua bahagian Sungai Besar membuat tuduhan kepada pengerusi perhubungan Umno Johor tanpa asas yang kuat, tapi semata mata atas andaian.

"Beliau seharusnya lebih matang dalam mengeluarkan kenyataan," kata Hahasrin dalam kenyataannya.

Beliau turut menasihati Jamal agar meneliti segala kenyataan kepimpinan Umno Johor, khususnya daripada Khaled sendiri yang dibuat sebelum ini dan belajar untuk memahaminya dengan lebih baik.

"Pemuda Johor juga mendesak beliau menghentikan segala andaian jahat terhadap Umno Johor, kerana ia akan lebih memburukkan keadaan khususnya sokongan kepada parti dan kepimpinan parti," katanya.

Hahasrin berkata, pandangan Pemuda Johor konsisten dalam kebanyakan isu, khususnya krisis keyakinan yang Umno hadapi kini.

Hahasrin berkata, Pemuda Umno Johor bagaimanapun menghormati hak kepimpinan khususnya di peringkat pusat dalam membuat keputusan.

"Namun, suara akar umbi, hak ahli dan rakyat kebanyakan tidak boleh kita ketepikan.

"Masa depan generasi akan datang termasuk ahli pemuda bergantung kepada keupayaan kepimpinan hari ini dalam menerajui parti dan kerajaan," katanya.

Jamal sebelum ini mengecam Khaled susulan usul minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diluluskan Umno Bahagian Gelang Patah.

Beliau bagaimanapun membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu dan menjelaskan ia hanyalah pandangan peribadi beliau. – TMI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial