DATUK ONG KIM SWEE GANTI DOLLAH SALLEH

11949468_842632515833514_2359566893308826836_n

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, 45, sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan berikutan peletakan jawatan Dollah Salleh, 52, sebagai ketua jurulatih kebangsaan, semalam.


Perkara tersebut dimaklumkan FAM dalam satu kenyataan rasmi.

Perlantikan itu berkuatkuasa serta merta bagi menghadapi perlawanan keempat kelayakan bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa ini dan seterusnya sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Menurut kenyataan tersebut, Dollah melepaskan jawatannya selepas tamat perlawanan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, malam kelmarin dengan terus menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengenai hasratnya itu.

Dollah menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan besar 10-0 skuad kebangsaan kepada UAE pada perlawanan tersebut dan membuat keputusan untuk meletak jawatan dengan serta merta. – UTUSAN ONLINE

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial