DENGGI : 196 MAJIKAN BAKAL DIDAKWA

image (7)

PASIR GUDANG – Sebanyak 196 majikan termasuk individu bakal dihadapkan ke mahkamah bagi pendakwaan kes berkaitan penularan wabak denggi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata, tindakan mengheret pihak yang bertanggungjawab itu dilakukan susulan peningkatan kes denggi khususnya di Johor Bahru.

Sehingga Jumaat lalu, sebanyak 8,539 kes direkodkan selain 23 kematian bagi minggu ke-32.

“Kebanyakan kes yang telah didaftarkan ini melibatkan pemaju projek membiarkan tapak pembinaan menjadi penyumbang utama kepada penularan pembiakan aedes ini.

“Ada kes yang dikesan melibatkan pemaju yang sama yang melakukan kesalahan berulang malah ada yang telah didakwa sebelum ini masih berdegil memastikan kawasan mereka bebas aedes,” katanya selepas Konvensyen Combi Pasir Gudang, di sini, baru-baru ini.

Ayub berkata tindakan undang-undang di bawah Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1957 boleh dikenakan yang membawa hukuman denda dan penjara jika disabitkan kesalahan.

Katanya, meskipun pelbagai program dan kempen digerakkan dalam membanteras denggi namun usaha tersebut sukar dijayakan kerana sikap segelintir individu.

“Kita telah melangkaui kes denggi menerusi rekod tahun lalu iaitu sebanyak 6,200 berbanding bagi tempoh lapan bulan tahun ini melebihi 8,000 kes.

“Jumlah ini juga mendahului Singapura dengan total kes tahun lalu sebanyak 10,000 kes, malah pada minggu ke 26 kes di Johor melebihi rekod Singapura,” katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial