DOLLAH BUKAN PILIHAN SAYA – TENGKU ABDULLAH

doc6lzpggjvrs02jaafblc

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mendedahkan bahawa baginda tidak mahu mendapatkan khidmat Dollah Salleh sebagai pengendali pasukan Harimau Malaya.

"Dari awal lagi, Dollah (Salleh) bukan pilihan saya, tetapi ahli jawatankuasa teknikal mahukan khidmat Dollah," ujar Tengku Abdullah.

Berikutan kekalahan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi, baginda telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden FAM secara berperingkat dan akan melantik Datuk Seri Affandy Hamzah sebagai pemangku presiden.

"Saya telah menyatakan niat saya untuk mengupah seorang jurulatih asing, saya sangat kecewa dengan keputusan kekalahan yang terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Dollah Salleh yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan beliau pengendali Hari Malaya sebaik sahaja tiba di Malaysia dari Abu Dhabi tempoh hari dan FAM melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara untuk harungi baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

"Harap FAM akan melantik jurulatih luar negara untuk masa akan datang bagi membaiki keadaan yang kritikal ini.- ASTRO ARENA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial