DR FADZILAH SUNTIK SEMANGAT PELAJAR

image (5)

GELANG PATAH – Sokongan moral dan penganjuran program yang mampu meningkatkan motivasi serta keyakinan diri pelajar khususnya bagi mereka yang bakal berdepan peperiksaan besar amat digalakkan.

Atas inisiatif itu, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) membawakan penceramah dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah untuk memberikan suntikan semangat kepada 120 pelajar dari sekolah sekitar Gelang Patah di sebuah resort dekat Ulu Tiram.

Penolong Pegawai Sains Pendidikan & Matematik (Sekolah Menengah), Pejabat Pelajaran Johor Bahru, Norseha Affandi, inisiatif tersebut wajar dimanfaatkan pelajar terpilih.

“Pelajar di Gelang Patah sangat bertuah kerana mempunyai sebuah organisasi seperti PTP yang menganjurkan pelbagai program pendidikan untuk mereka.

“Ia wajar dipuji dan diikuti dengan lebih banyak syarikat korporat yang pastinya akan membantu pelajar kita dan meningkatkan motivasi dan keyakinan diri mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan besar mereka “katanya.

Manakala, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hanif Hamid berkata, kem tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusannya menggalakkan pembangunan modal insan masyarakat tempatan.

“Melalui program ini, kami berharap bahawa anak tempatan boleh mendapat manfaat yang besar dan mengambil peluang ini sebagai batu loncatan pertama mereka ke arah kejayaan masa depan mereka,” katanya.

Katanya lagi, pelbagai pelan dalam talian bagi inisiatif pendidikan lain yang berkaitan, termasuk UPSR Kem Motivasi, lawatan pendidikan ke Universiti Tempatan, Pengagihan bantuan persekolahan dan lain-lain lagi.

Sementara itu, bagi salah seorang peserta dari SMK Gelang Patah, Norazira  Alaby mengakui mendapat keyakinan diri untuk berdepan peperiksaan kelak.

“Saya seronok selain penceramah berkongsi banyak pandangan dan motivasi dengan kami saya juga dapat bertemu dan ramai kawan baru dari sekolahlain,” katanya.

Seramai  120  pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, SMK Taman Nusa Jaya, SMK Gelang Patah dan SMK Tanjung Adang menyertai kem dua hari.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial