DUA ANAK MUDA JOHOR BERJIWA BESAR

photo_2015-09-02_00-07-34

29 Ogos 2015 tarikh dimana dua orang anak johor mula berkayuh dalam misi pulang ke Batu Pahat sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 58.

Dengan membawa semangat patriotik dan selepas kemenangan JDT dalam kancah bola sepak, Fakhruddin dan Syafiq memulakan kayuhan mereka dari UKM Bangi menuju ke Port Dickson sejauh lebih kurang 80km pada hari pertama. 

photo_2015-09-02_00-07-42

Perjalanan mereka diteruskan lagi pada hari kedua dari Port Dickson ke Melaka sejauh 85km. Bendera negeri Johor dan Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan sepanjang perjalanan tanda semangat patriotisme yang tinggi dalam diri mereka.

photo_2015-09-02_00-07-27

Pada hari ketiga iaitu 31 Ogos 2015, mereka memulakan kayuhan ke Batu Pahat dari Krubong Melaka. Mereka juga sempat singgah di Bandar Hilir untuk menyertai sambutan kemerdekaan peringkat negeri Melaka yang diadakan disini. Keharmonian dan semangat cintakan negara masih tebal dalam kalangan rakyat Melaka. Suasana berwarna warni menghiasi pagi yang indah ini.

photo_2015-09-02_00-07-46

Mereka berdua meneruskan perjalanan ke daerah Muar selepas lama berhenti di Bandar Hilir. Perjalanan mereka sekali lagi terhenti di sempadan negeri Melaka – Johor iaitu di Sg Kesang dan bergambar di mercu tanda disitu iaitu beca gergasi. Mereka turut disapa oleh kanak kanak tempatan yang juga teruja menyambut hari kemerdekaan negara kita.

Akhirnya setelah lebih kurang 130km berkayuh, mereka berjaya sampai ke destinasi iaitu tanah tumpah darah mereka Batu Pahat. Pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang perjalanan dapat ditempuh satu per satu atas dasar cintakan tanah air. 

Semangat dan jiwa besar mereka dalam menyambut kemerdekaan dan cintakan negeri kelahiran mereka amat dihargai. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial