DUA KAPAL TERMASUK ENAM ANAK KAPAL DITAHAN

image (5)

JOHOR BAHRU –  Dua kapal yang berdaftar di Indonesia ditahan bersama enam anak kapal oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas gagal melaporkan ketibaan dan tidak mempunyai dokumen ketika di perairan Pengerang, kelmarin.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, kapal berkenaan dikesan di kedudukan 2.5 batu nautika Tenggara Pulau Lima ketika rondaan dilakukan pada kira-kira jam 4 petang.

Katanya, ketika kejadian kedua-dua kapal berkenaan iaitu Mt Tabonangen 18 dan Mt Tabonangen 19 yang berdaftar di Banjarmasin, Indonesia didapati sedang menghampiri kapal MT Merlion 2.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal Mt Tabonangen 18 berkenaan tanpa muatan manakala Mt Tabonangen 19 membawa 450 liter bahan api marin (MFO).

“Enam anak kapal berusia antara 23 hingga 55 tahun turut ditahan dan dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan,” katanya. 

Amran berkata, kapal berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana gagal memaklumkan ketibaan di perairan negara ini.
 
“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM100,00 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial