DUA KAWASAN DI JOHOR CATAT IPU TIDAK SIHAT SETAKAT 11 PAGI

JOHOR BAHRU, 13 Sept — Kualiti udara di dua kawasan di Johor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 11 pagi ini.

Ia meliputi kawasan Muar (142) dan Pasir Gudang (107), sementara dua lagi kawasan mencatatkan IPU sederhana iaitu Larkin Lama (96) dan Kota Tinggi (80), menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

Sementara itu, sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat IPU tidak sihat setakat 11 pagi ini.

Selain Sarawak, situasi sama dialami di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Bukit Rambai mencatatkan bacaaan IPU paling tinggi iaitu (166), diikuti Bandaraya Melaka (164), Port Dickson (156), Nilai (150), dan Banting (147).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Seremban (145), Pelabuhan Klang (137), Putrajaya (136), Shah Alam (134), Petaling Jaya (130), Batu Muda (115), Cheras (112), Samarahan (110), Kuching (109), dan Sri Aman (103).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.- TV SELATAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial