EDC bakal jadi pusat setempat usahawan

Pusat Sehenti Usahawan Negeri Johor atau Enterpreneur Development Centre (EDC) bakal menjadi satu pusat setempat usahawan yang menempatkan pelbagai jabatan dan agensi keusahawanan diperingkat Kerajaan Persekutuan dan negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday berkata, pusat ini nanti diyakini dapat menyelaraskan semua program pembangunan keusahawanan di Johor.

“Kewujudan EDC ini nanti juga dapat memupuk dan melahirkan masyarakat enterprais (berbudaya keusahawanan) khususnya dikalangan Bumiputera di semua peringkat termasuk pelajar, siswazah, belia dan wanita,”.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu usahawan memantapkan lagi perniagaan mereka melalui penerapan inovasi dan teknologi, akses kepada pembiayaan, pembangunan modal insan, akses kepada pasaran dan infrastruktur perniagaan,” katanya.

Langkah ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang dilihat mampu memacu daya saing ekonomi Negeri Johor, di samping menyumbang kepada peningkatan kekayaan dan kesejahteraan sosial negara.

Melihat kepada pertumbuhan ekonomi semasa, sumbangan dari usahawan Peniaga Kecil Sederhana (PKS) kepada KDNK ialah sebanyak 32.5%. Jumlah ini tidak harus dipandang kecil kerana ia memberikan impak kepada pendapatan negara.

Bagi memastikan usaha untuk membantu golongan usahawan ini berjaya, Kerajaan Negeri dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin, telah meluluaskan peruntukkan sebanyak RM3 juta untuk kerja-kerja pembangunan dan operasi.

Menurut Jais, pihaknya juga telah menghantar permohonan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan mewujudkan EDC, di samping memohon peruntukan RM10 juta bagi melaksanakan projek berkenaan.

Bagi memantapkan fungsi dan peranan EDC, pelbagai jabatan dan agensi keusahawanan seperti MARA, PUNB, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Jabatan Pertanian SME Corp, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), dan lain-lain akan memberikan perkhidmatan kepada setiap usahawan yang memerlukan.

Di samping itu, portal program usahawan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi sedia ada akan disepadu dan diwujudkan di EDC dengan kerjasama TERAJU untuk memudahkan urusan usahawan.

Mengikut cadangan, EDC akan ditempatkan di lot kedai di UDA Business Park berdekatan Plaza Angsana, Johor Bahru.

Lot kedai ini akan diubah suai bagi menyediakan pejabat EDC termasuk kemudahan galeri, jualan produk PKS, kaunter perkhidmatan, pusat panggilan, dewan seminar, bilik perbincangan dan bilik mesyuarat.

Usahawan Sehenti infographic

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial