Empat Loji Rawatan Air Baharu Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 21 April – Kerajaan akan membina empat  Loji Rawatan Air (LRA) baru di negeri ini dengan membabitkan kos keseluruhan RM782 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad, berkata, loji-loji berkenaan akan dibina di Buluh Kasap, Kahang, Pagoh dan Sungai Layang.

“Sukacita dimaklumkan beberapak projek baru sistem bekalan air terawat juga telah dan akan dilaksanakan. Dengan merujuk kepada projek membina baru LRA Buluh Kasap (RM62 juta) sepertimana yang dibangkitkan oleh YB Buluh Kasap, perkara ini sedang dalam proses pelantikan kontraktor.

“Begitu juga dengan projek LRA Kahang (RM110 juta), LRA Pagoh (RM110 juta) dan LRA baru bagi Iskandar Malaysia di Sungai Layang dengan peruntukkan lebih kurang RM500 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Johor yang ke-13 di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, kerajaan juga telah memperuntukkan RM67 juta bagi menaik taraf beberapa LRA sedia ada di negeri ini.

“Bagi projek menaiktaraf LRA sedia ada termasuklah LRA Sungai Lebam dengan kos RM28 juta, LRA Bukit Serampang, RM23 juta dan LRA Pemanis dengan peruntukkan RM16 juta,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial