F1 : HAMILTON TAKLUK GP JEPUN

SUZUKA: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton memenangi Grand Prix (GP) Jepun dengan mengatasi rakan sepasukan Nico Rosberg, di sini, sebentar tadi.

Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba Ferrari, Sebastian Vettel. Kejayaan Hamilton itu sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya untuk meraih gelaran juara dunia buat kali ketiga berturut-turut. 

Pelumba Britain itu kini mendahului saingan dengan kelebihan 48 mata ke atas Rosberg tatkala saingan musim ini hanya berbaki lima. – AFP

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial