FAM AWAL-AWAL BALUN RM 1 JUTA – ANNUAR MUSA

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan dengan tindakan badan induk bola sepak negara itu membahagikan kutipan ketika perlawanan akhir Piala FA secara tidak adil.

Annuar berang apabila daripada RM 3 juta jumlah kutipan tiket Kelantan sekadar mendapat RM 600,000.

Lebih mengecewakan, Presiden KAFA itu menyatakan bahawa pihaknya telah membantu menjual 90 peratus tiket namun hanya meraih jumlah itu selepas diagihkan kepada pihak lain.

“FAM sendiri awal lagi telah mengambil RM 1 juta atas nama levi,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Annuar turut menyoal apabila Singapura diberikan jumlah besar.

“Dalam MOU FAM-FAS pasukan Singapura (Lions XII) sebagai team jemputan tidak sepatutnya menerima hadiah berbentuk wang kecuali token sahaja.

Bagi Kelantan setiap kali final beratus ribu dibelanjakan bagi menjayakan acara final itu manakala Singapura tidak berbuat apa-apa,” katanya lagi.

Disamping itu, Tan Sri Annuar Musa mengecam tindakan FAM menggunakan ahli gabungan sendiri bagi mengaut keuntungan hasil penjualan tiket perlawanan tersebut

“Kenapa FAM buat formula agihan tanpa persetujuan pemilik saham?

Kenapa FAM tidak telus dalam kira-kira mereka? Apakah FAM sudah terlalu kebal?

Dengan segala kejengkelan dalam FAM mereka masih mampu bertebal muka untuk duduk dan terus menghancurkan bola sepak Malaysia,” katanya lagi.

80,000 tiket berharga RM 40 (dewasa) dan RM 5 (kanak-kanak) telah diperuntukan bagi final Piala FA diantara Kelantan berdepan Lions XII dimana pasukan seberang tambak itu menang dengan jaringan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei lalu. – ASTRO ARENA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial