Farkhan Rangkul Tali Pinggang WBC Asia

JOHOR BAHRU 8 Jan. – Petinju profesional negara, Muhamad Farkhan Haron merangkul tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia kategori Light Heavyweight pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini malam tadi.

Farkhan yang juga pemegang tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Kategori Cruiserweight mencipta kejayaan itu selepas menumbangkan petinju Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba pada pusingan keempat menerusi pukulan TKO.

Dengan kemenangan tersebut, Farkhan muncul peninju pertama negara yang memenangi dua tali pinggang dalam kategori yang berbeza.

Kemenangan itu lebih bermakna apabila dia berjaya menjulang tali pinggang tersebut di negeri kelahirannya di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beraksi di hadapan kira-kira 3,000 penonton, Farkhan diberi tentangan hebat Kaseba yang pernah bermain di kejohanan dunia hingga akhirnya berjaya menumbangkan lawan pada pusingan keempat.

Kemenangan tersebut membolehkan Farkhan mencatatkan rekod tiga kemenangan tanpa kalah. – UTUSAN ONLINE

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial