Fitnah Pembangkang Boleh Hancurkan Negara – Khaled

Mohamed Khaled (tengah) bergambar bersama-sama sebahagian daripada penerima BR1M DUN Permas. Seramai 525 orang dari DUN Permas layak menerima bantuan itu.

PASIR GUDANG, 25 Mac – Rakyat di negara ini dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati terhadap fitnah yang dilemparkan pembangkang kerana ia boleh menghancurkan negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata sekiranya rakyat bergerak atas dasar fitnah, maka negara akan rosak.

“Tak perlu cakap pasal politik, fitnah adalah fitnah. Kalau rakyat dalam negara ini bergerak atas dasar fitnah, maka rosaklah negara. Jadi atas sebab itulah di Malaysia, kita ada masa depan yang baik.

“Oleh itu, saya menyeru rakyat supaya berhati-hati… kalau tidak negara kita akan hancur sebab banyak sangat fitnah dan persepsi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) DUN Permas di Taman Cendana, di sini hari ini.

Media tempatan semalam melaporkan, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan agar BN membuat satu garis pemisah bagi menjawab segala fitnah dan pembohongan dilemparkan pembangkang.

Menurut Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, jika semua pembohongan dan fitnah ini tidak diatasi, ia bukan sahaja mengancam ekonomi negara, malah turut memberi kemudaratan kepada rakyat secara keseluruhan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial