Gagal laksanakan tugas dengan baik, dua syarikat ditamatkan kontrak

IMG_6543PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri menamatkan kontrak dua syarikat yang gagal menjalankan tanggungjawab mengutip sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Iskandar dan PPR DesaMutiara.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata notis penamatan kontrak berkenaan telah dihantar kepada syarikat berkenaan sejak Januari lalu.

“Dua syarikat yang ditamatkan kontrak ini didapati gagal menjalankan tanggungjawab mengutip sewa di dua PPR ini.Kerajaan Negeri telah menghantar notis kepada mereka pada awal tahun ini” katanya.

Dua syarikat itu ialah ZPManagement Sdn. Bhd yang menguruskan kutipan di PPR Sri Iskandar dan Munira & Co  yang menguruskan kutipan sewa di PPR Desa Mutiara.

Menurut Khaled, bagi menguruskan kutipan di dua PPRberkenaan, Kerajaan Negeri menyerahkannya kepada dua lagi syarikat yang tidak bermasalah untuk meneruskan kutipan sewadi PPR berkenaan.

“Kerajaan Negeri melantik empat syarikat untuk mengutip sewadi empat PPR yang ada di Johor Bahru. Namun hanya yang dua yang bermasalah. Dan Kerajaan Negeri buat masa ini menyerahkan kerja-kerja mengutip sewa di dua PPR ini kepada dua lagi syarikat yang tidak bermasalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya sempena Majlis Seminar Kerajaan Tempatan di Menara Aqabah, di sini Sabtu lalu.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial