GEMBLENG TEKNOLOGI TURUNKAN KADAR JENAYAH

image

JOHOR BAHRU – Peranan media dari aspek penggemblengan penggunaan teknologi secara optimum mampu membanu polis mencapai objektif mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, kewujudan media sosial turut menjadi saluran penyebaran berita palsu turut menyebabkan polis berdepan dengan cabaran getir melaksanakan tugas.

“Cabaran ini perlu kita tanga­ni dengan bijak dan penuh teliti kerana pelbagai anasir negatif dan berita palsu mudah disebarkan di media sosial seperti Facebook, blog dan Twitter.

“Namun begitu, Facebook Polis Johor yang kini mempunyai sebanyak 392,240 pengikut menerima banyak maklumat jenayah dari masyarakat yang berjaya diproses dan seterusnya menghasilkan ba­nyak kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis malam mesra Ketua Polis Johor Bersama Media dan Komuniti Johor di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, kelmarin.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Aishah Mohammad dan Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kerjasama pelbagai pihak terma­suklah kepolisan komuniti serta kesedaran masyarakat diyakin mampu membantu menyumbangkan kepada penurunan indeks jenayah di negeri ini .

“Tanggungjawab memerangi jenayah ini bukan sahaja terletak di bahu pasukan polis namun seharusnya turut dikongsi oleh semua pihak bersama termasuk media, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat,” katanya – UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial