Generasi muda perlu perkukuh diri dengan ilmu pengetahuan – Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU: Generasi muda diminta supaya memperkukuhkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran hidup masa hadapan.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, meminta semua pihak yang berkaitan tampil ke hadapan dengan menganjurkan pelbagai progam berbentuk ilmiah sebagai bantuan dan sokongan kepada generasi muda.

“Usaha yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Pasir Gudang ini wajar dipuji dan dicontohi. Mereka bekerjasama dengan Gabungan Mahasiswa Pasir Gudang untuk mewujudkan tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 2 ini.

“Pelajar-pelajar harus mengambil peluang ini untuk menambah lagi ilmu mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang tiba tidak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tuisyen HELP-YPM di SMK Permas Jaya 2, di sini semalam.

Program Tuisyen HELP-YPM ini menjadikan SMK Permas Jaya 2 sebagai sekolah perintis untuk menjalankan program seumpama ini.

Program ini dijalankan pada sebelah petang dan ia terbuka kepada seluruh pelajar sekolah berkenaan yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Dalam ucapannya itu, beliau berkata usaha seumpama ini mampu mendidik masyarakat supaya tidak tercicir dalam pelajaran dan dengan adanya ilmu pengetahuan, taraf hidup mereka dapat ditingkatkan lagi.

Jelas beliau, usaha seumpama ini juga telah dijalankan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang melibatkan seluruh pelajar sekolah dan ia telah pun terbukti berhasil.

“Program HELP-YPM ini diharap dapat diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di Johor kerana saya yakin ia memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar seperti mana program yang dijalankan oleh YPJ sebelum ini.

“Dengan adanya ilmu, masyarakat akan lebih berjaya dan mampu berfikiran lagi kehadapan, di samping dapat memanfaatkan ilmu yang ada untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial