Golongan Asnaf Terus Terbela

MUAR: Tumah transit untuk golongan fakir dan miskin akan dibina di negeri ini bagi membantu golongan itu memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, insiatif itu akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi kerjasama dengan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

"Rumah transit itu bertujuan untuk memberikan penempatan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak mempunyai tanah. Sekiranya mereka telah keluar dari kelompok kemiskinan, rumah itu boleh digantikan dengan orang lain pula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bantuan Rumah dan Program Jejak Asnaf 2014 di Kompleks Pekembar Pagoh, di sini, Isnin lalu.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Ab Rahim, Penasihat Mainj, Datuk Noh Gadut, Pengerusi Jawatankuasa dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed, Adun Jorak, Datuk Dr Saharudin Mohd Salleh dan Pegawai Daerah, Abd Rahman Dewam.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan bahawa MAIJ akan menaikkan jumlah dermasiswa pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara daripada RM4,000 kepada RM6,000.

"Bagi pelajar ke Jordan pula bantuan dinaikkan kepada RM8,000 berbanding RM4,000 sebelum ini. Kenaikan tersebut melibatkan tambahan perbelanjaan daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta setahun,"katanya.


Mohamed Khaled berkata, bantuan sara hidup bulanan juga akan dinaikkan dengan kadar minimum RM300 sehingga had maksimum RM750, tanpa mengambil kira penerima telah mendapat bantuan daripada kerajaan pusat ataupun tidak.

"Pertambahan ini akan membabitkan pertambahan perbelanjaan kepada RM6 juta setahun. Bantuan hari raya juga meningkat daripada rm5.474 juta kepada RM8.91 juta setahun.

"Kita juga akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk membina 250 rumah baru berharga RM40,000 seunit yang membabitkan pertambahan peruntukan RM6.2 juta,"katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial