Guru perlu manfaatkan media sosial

PONTIAN: Para guru diseru supaya dapat menguasai dan mengggunakan media sosial dengan sebaik-baiknya supaya prosdes komunikasi antara guru dengan pelajar menjadi lebih mudah.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, pada zaman tekonologi yang serba canggih, cara komunikasi antara kita juga kini telah berubah dengan adanya sistem teknologi makumat.

Katanya, generasi muda yang merupakan para pelajar lebih gemar memilih untuk berkomunikasi di media-media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya.

“Maka untuk itu, saya menyeru kepada para guru agar dapat menguasai media sosial denga sebaik-baiknya. Dengan cara ini, guru-guru akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan para pelajar,” katanya.

Selain itu katanya, pembelajaran juga akan lebih menarik sekali gus mampermudahkan penerimaan ilmu kepada anak-anak murid.

“ Saya yakin, jika penggunaan teknologi maklumat ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, prestasi kualiti sistem pendidikan kita mampu mencapai ke satu tahap yang lebih baik lagi,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Pontian, di sini baru-baru ini.

Dalam ucapannya, beliau mahu golongan pendidik memainkan peranan secara proaktif dalam memupuk semangat nasionalisma yang semakin pudar dalam kalangan pelajar.

“Sejak kebelakangan ini, saya bimbang apabila melihat generasi muda Malaysia semakin pudar semangat nasionalismanya.

Mereka sudah mula menjauhkan diri daripada cerita dan perjalanan unik Malaysia. Ini tidak boleh kita biarkan.

“Untuk itu, saya mengajak semua guru agar terus gigih memastikan semua anak muda Malaysia bangga dengan identitinya, tahu perjalanan Malaysia dan memahami fabrik kepelbagaian di negara kita ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md. Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, MD Hasidin Zaini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial