Hab Pendidikan ketiga di Johor

KOTA TINGGI: Kerajaan negeri hari ini mengukuhkan komitmennya bagi menyediakan peluang untuk rakyat Johor dalam pembangunan pesat yang berlaku di negeri ini dengan merealisasikan Hab Pendidikan Kemahiran, atau Skills Johor.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata walaupun selama ini penumpuan diberi kepada bidang akademik, kerajaan negeri berpendapat, terdapat keperluan yang penting untuk melahirkan pelajar berkemahiran, sekaligus yang bakal menjadi barisan pekerja mahir di pelbagai industri.

 “Kita telah umum untuk mewujudkan hub kemahiran. Ini bersesuaian dengan Johor yang sedang berkembang pesat dan pembangunan dalam pelbagai sektor ini tentu memerlukan bekalan pekerja-pekerja mahir,” katanya.

Ketika ini, hub pendidikan di Pagoh dan Nusajaya berkemampuan menzahirkan impian bekalan tenaga mahir itu.  Inisiatif terbaharu kerajaan negeri membabitkan kawasan Bandar Tenggara, dekat sini.

“Dengan adanya hub kemahiran ini, mereka yang tidak berkeupayaan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, boleh menimba pengalaman dan ilmu dalam bidang kemahiran di hab-hab pendidikan yang disediakan kerajaan negeri ini,” katanya pada siding media, selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Johor Skills Hub di Orchard Golf & Country Club, di sini, hari ini.

Kerajaan negeri, melalui YPJ Plantations Sdn Bhd akan menubuhkan hab latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang dikenali sebagai Skills Johor.  Hab itu akan dibina di atas tanah seluas  kira-kira 40 hektar, dengan usahasama Intact Corporate Approach Sdn Bhd.

Antara kemudahan yang akan disediakan di hab tersebut adalah kemudahan serta kampus yang menyediakan program latihan berteraskan industri dalam persekitaran yang kondusif dan moden.

Skills Johor akan berperanan sebagai pelengkap kepada pusat akademik sedia ada di Educity dan Pagoh.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial