Hak masyarakat India di Johor akan sentiasa dijaga – MB

jauharJOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri memberi jaminan akan melindungi kepentingan masyarakat India di Johor agar mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan.

Menteri Besar, Dato Mohamed Khaled Nordin, berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pelbagai isu dan masalah yang dihadapai oleh masyarakat India di Johor seperti peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam Johor, kuil, penempatan dan rumah mampu milik.

“Kita dalam peringkat negeri pun, dalam soal untuk dapat jawatan dalam Kerajaan Negeri Johor, kita faham maka kita akan menimbang untuk ikut dasar Kerajaan Persekutuan.

“Saya beri jaminan, Kerajaan Negeri akan terus melindungi dan menjaga kepentingan yang terdapat di Negeri Johor,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan Serbaguna Kuil Hindu Sri Muniswaran di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukkan sejumlah RM350,000 bagi tujuan melengkapkan pembinaan dewan berkenaan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial