HANYUT HINGGA MALAYSIA

image (1)

BATU PAHAT – Tiga lelaki ditemui hanyut di perairan Batu Pahat, kelmarin, setelah bot dinaiki rosak ketika dalam perjalanan pulang ke Tanjung Sari, Selat Panjang, Indonesia, selepas menghantar muatan kelapa di Tanjung Balai, Karimun, Indonesia.

Ketua Penguatkuasa, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Leftenan Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan kira-kira jam 5.50 petang mengenai sebuah bot tidak bernombor yang rosak dan hanyut di kedudukan 12 batu nautika barat daya, Batu Pahat.

“Pada jam 6.10 petang, bot peronda Maritim Malaysia ke lokasi. Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati, dua anak kapal dan seorang tekong dalam keadaan lemah,” katanya.

Menurutnya lagi, bot tersebut telah rosak Isnin lalu kira-kira jam 4 petang semasa perjalanan balik ke Tanjung Sari, Selat Panjang Indonesia.

Katanya, kesemua krew dan tekong bot tersebut adalah warga Indonesia.

“Bot tersebut berserta krew dan tekong ditunda bot peronda Maritim Malaysia ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambahnya, orang ramai yang terlihat kejadian kecemasan di laut atau maklumat berkaitan, boleh hubungi talian MERS 999, selain hotline Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat, 07-4344020.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial