Hari Informasi Modal Insan Negeri Johor 2016

swadaya-26oktober2016

 

 

Latar Belakang

Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan YAB Dato’Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor telah merangka pelbagai strategi pembangunan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan pembangunan yang berterusan dan kestabilan sosio-ekonomi negeri dapat dicapai.

Kepesatan pembangunan di dua wilayah pembangunan ekonomi, IRDA dan ECER, pembangunan industri Minyak dan Gas di Pengerang, pembangunan hab hospitalilti dan pelancongan di Mukim Desaru dan juga beberapa pembangunan berimpak tinggi di seluruh negeri Johor dilihat dapat menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat negeri Johor khususnya.

Oleh yang demikian, fokus terhadap pembangunan Modal Insan perlu dipertingkatkan bagi memastikan rakyat tidak keciciran dalam menikmati manfaat pembangunan di negeri Johor.

Di dalam pembentangan ucapan Bajet Negeri Johor 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor menerusi teras ke enam iaitu bagi Meneruskan Agenda Pendidikan Berkualiti dan Pembangunan Swadaya Insan Kerajaan Negeri akan menubuhkan sebuah entiti iaitu Unit Swadaya Insan Negeri Johor yang akan berperanan sebagai pusat sehenti atau pusat maklumat yang akan mengendalikan urusan sumber manusia di negeri Johor khususnya dengan pelbagai jabatan/agensi/syarikat berkenaan.

Objektif Unit

Bertindak sebagai sebuah Pusat Sehenti (OSC) Modal Insan Negeri Johor bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan peluang pekerjaan khusus kepada rakyat negeri Johor.

Menjadi sumber rujukan utama para pelabur dalam mendapatkan keperluan modal insan.

Menyelaras program dan aktiviti pembangunan Modal Insan Negeri Johor.

Menjadi badan koordinasi di antara agensi kerajaan dan swasta termasuk pelabur dalam memastikan kesinambungan impak positif hasil daripada pembangunan negeri Johor dapat dim anfaatkan oleh rakyat negeri Johor.

Mengintegrasi statistik daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi mewujudkan pangkalan data yang tepat.

Visi dan Misi Unit

Menjadi sebuah unit yang berprestasi tinggi menerajui modal insan negeri Johor untuk menjadi tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan tinggi dan mempunyai keinginan besar untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyumbang kepada kekayaan dan kesejahteraan sosial negeri Johor.

Dalam mencapai sasaran jangka panjang yang ditetapkan, misi Unit Swadaya Insan yang ditubuhkan ini adalah memastikan penyampaian maklumat berkesan berkaitan peluang pekerjaan yang terbuka kepada rakyat tempatan melalui projek pembangunan berimpak tinggi di samping mengkoordinasi pelbagai agensi dalam menyediakan keperluan tenaga kerja yang berkemahiran dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri di negeri Johor.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial