Hasil Kajian Sumber Air Johor 2010- 2060 Dilaksana Tahun Depan

image

 

ISKANDAR PUTERI, 8 Sept – Kerajaan Negeri akan melaksanakan dapatan Kajian Sumber Air Johor 2010- 2060 tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata kajian berkenaan telah pun siap dan akan mula dilaksanakan tahun depan.

“Ia sedang dimantapkan bagi kita membolehkan semua aspek diambil kira dalam memastikan keseimbangan penggunaan air pelbagai sumber.

“Bajet tahun depan kita akan mula laksanakan apa yang terhasil daripada kajian tersebut supaya kita dapat beri perhatian dan kita tidak berhadapan dengan masalah jangka panjang,” katanya pada mesyuarat kedua bagi penggal persidangan keempat Dewan Negeri Johor Ke-13, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi menjayakan usaha itu, Kerajaan Negeri perlu bekerjasama rapat dengan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan projek yang bakal dilaksanakan.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru rakyat di negeri ini supaya melihat air sebagai sesuatu yang mustahak dan menggunakannya secara bermanfaat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) berkenaan langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu bekalan air.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial