HENTIAN SETERUSNYA, SUKU AKHIR PIALA AFC

imageResize

Walaupun Johor Darul Takzim dan Pahang berkongsi kisah berbeza namun kedua pasukan masih mempunyai misi belum selesai apabila bakal membawa nama bola sepak Malaysia dalam saingan Piala AFC peringkat suku akhir.
Juara Liga Super JDT bakal melayan kunjungan South China di Larkin pada Selasa manakala Pahang bertandang ke Tajikistan bertemu Istikhol Dushanbee.

Walaupun hanya sempat berehat 48jam namun perjuangan harus diteruskan sekiranya mahu melakar sesuatu dipentas Asia.

JDT bakal turun dengan moral tinggi selepas dinobat juara Liga Super namun sebaliknya buat Pahang kerana terlepas kejuaraan di saat akhir.

Apa pun, pengendali kedua pasukan harus bingkas kembali ke papan putih bagi merencana taktik baru bagi berdepan lawan masing-masing.

Fokus utama pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan adalah memastikan anak buahnya mengekalkan moral yang tinggi selepas keputusan perlawanan malam ini.

Buat pegendali Mario Gomez pula perlu memendekkan sambutan kemenangan pada malam ini kerana perlu kembali fokus kepada misi seterusnya.- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial