HISHAMUDDIN MAHU PEMUDA MCA PASIR GUDANG PEGANG PRINSIP BN

KLUANG: Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta mengambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pendirian Pemuda MCA Pasir Gudang itu bukan saja tidak wajar malah mereka perlu menilai semula tindakan berkenaan.

“Saya mahu mengingatkan Pemuda MCA Pasir Gudang bahawa kita dalam BN termasuk UMNO tidak pernah sekali pun menidakkan kepimpinan MCA sewaktu kemelut melanda parti itu sebelum ini.

“Jadi janganlah menangguk di air keruh dan kembali berpegang kepada prinsip BN yang kita junjung,” katanya selepas program Korban Perdana Aidiladha Parlimen Sembrong di Dataran Taman Desa Sejahtera, Kampung Gajah, dekat sini, tadi.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial