HISHAMUDDIN NAFI MESYUARAT MT PECAT MUHYIDDIN

hishammuddin_hussein_0709_640_425_100

BATU PAHAT: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan khabar angin Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Rabu depan akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keahlian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Beliau berkata, khabar angin berkenaan bukan saja tidak berasas malah beliau sebagai Naib Presiden masih belum mengetahui agenda yang akan dibincangkan. 

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti. 

"Malah mesyuarat Majlis Tertinggi juga sebenarnya adalah tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, tadi.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial