HSA Terbakar Lagi

img_0408

 

JOHOR BAHRU, 26 Okt – Kebakaran kedua dipercayai berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kali ini di dewan bedah dekat wad kecemasan dan trauma.

Kakitangan hospital yang memakai pakaian seragam berwarna biru selain pesakit dilihat bergegas keluar meninggalkan wad tersebut.

Menurut seorang sukarelawan, asap dilihat keluar dari dewan bedah yang terletak di aras satu bangunan tersebut.

Sebuah jentera bomba dilihat memasuki perkarangan hospital.

Kakitangan hospital, pesakit dan orang ramai diminta untuk mengosongkan kawasan tersebut.

Ia adalah insiden kebakaran kedua berlaku di HSA sejak Selasa.

Difahamkan ia hanyalah kebakaran kecil dan keadaan dilaporkan terkawal. – mStar

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial