HUKUMNYA HARUS DAN TINDAKAN DIBUAT TEPAT – NOH GADOT

Kuala Lumpur: Jurukamera TV3, Jasme Saidin, 40, yang menggendong wanita warga emas ketika dalam perjalanan pulang dari melontar di Kompleks Jamarat, Khamis lalu melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan kerana perbuatan itu adalah harus berikutan keadaan darurat ketika itu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut berkata, apa-apa hukum perlu dilihat daripada dua keadaan iaitu dalam keadaan biasa dan luar biasa seperti darurat atau terpaksa.

Katanya, tindakan lelaki itu adalah harus kerana jika tidak dibantu wanita warga emas yang tiada kudrat untuk berjalan itu berdepan pelbagai kemungkinan seperti sukar bernafas, meninggal dunia dan sebagainya.

“Dalam keadaan tidak ada mahram dan tiada pilihan lain seperti tiada kerusi roda, maka tindakan menggendong itu adalah tepat untuk menyelamatkan nyawa iaitu satu daripada prinsip maqasid syariah.

“Jika wanita itu meninggal dunia disebabkan tiada orang menolongnya, maka jatuh berdosa orang yang di sekelilingnya,” katanya ketika dihubungi di sini, petang tadi.

Dalam laman Facebook Harian Metro semalam, ada pembaca menimbulkan persoalan hukum lelaki menggendong wanita bukan mahram ketika berada di Tanah Suci.

Foto Jasmi menggendong wanita itu menjadi ‘viral’ dan foto dipetik daripada akaun Facebook Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dimuat naik di FB Harian Metro itu semalam , mendapat lebih 30,000 likes dan dilihat oleh lebih 800,000 pengguna yang melayari Facebook Harian Metro, sehingga petang tadi.
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial