Indek Jenayah Johor 2016 Turun 4 Peratus

datuk-wan-ahmad-najmuddin-mohd

JOHOR BAHRU, 4 Jan – Polis Johor berhasrat untuk terus mengurangkan kadar indeks jenayah tahun ini selepas berjaya menurunkan kadar indeks jenayah sebanyak empat peratus atau 539 kes kepada 12,402 kes pada tahun lepas.

Untuk perbandingan jumlah kes yang dicatatkan pada tahun 2015 iaitu sebanyak 12,941 kes, kata Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata penurunan itu merupakan bukti komitmen tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat.

“Hasrat ini telah saya sampaikan kepada semua ketua polis daerah dan ketua-ketua jabatan di kontinjen Johor supaya perancangan pencegahan jenayah diteruskan. Negeri Johor juga merupakan salah satu negeri yang berjaya menurunkan kadar jenayah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas wawancara khas bersama Johor FM, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa sehingga hari ini, Johor tidak mempunyai sebarang kes berkaitan keganasan dan pihaknya akan sentiasa berwaspada bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

“Kita ambil pendekatan yang telah diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya akan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan saya telahpun mengarahkan semua ketua polis daerah supaya mengambil tindakan ‘Omnipresence’ di tempat-tempat tumpuan orang awam seperti di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata usaha itu akan diteruskan terutama menjelang perayaan Tahun Baru Cina akhir bulan ini. – BERNAMA

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial