Indeks Jenayah Johor Menurun

LABIS, 3 April – Indeks jenayah bagi suku pertama tahun ini di negeri ini keseluruhannya mencatatkan penurunan empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, walaupun indeks jenayah keseluruhan mencatatkan penurunan, terdapat peningkatan dalam jenayah kekerasan seperti samun dan mencederakan individu lain.

“Di sini juga ingin saya tegaskan bahawa setakat ini, negeri Johor adalah selamat daripada sebarang ancaman serangan pihak militan walaupun terdapat penahanan tiga individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan militan baru-baru ini.

“Penahanan tiga individu tersebut adalah hasil risikan dijalankan pihak polis dangan kerjasama orang ramai serta tidak menggambarkan bahawa negeri ini berasa dalam ancaman militan,” katanya.

Beliau yang mengetuai Konvoi Kembara Motosikal Kapcai-Program Meet and Greet berkata kepada pemberita ketika konvoi tersebut singgah di Balai Polis Labis di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat dan Ketua Balai Polis Labis, Inspektor Chan Kok Chuan.

Menurutnya, konvoi sejauh hampir 400 kilometer disertai 150 anggota pelbagai pangkat selama dua hari itu antara lain bertujuan mendekati masyarakat di sepanjang laluan melibatkan Johor Bahru, Mersing, Kluang dan Segamat.

“Peserta konvoi turut me­lakukan kerja-kerja amal bersama-sama masyarakat setempat di beberapa lokasi yang dilalui seperti membersihkan tanah perkuburan dan mengecat masjid.

“Program ini juga merupakan satu daripada usaha bagi me­rakyatkan pasukan polis selain kesempatan terbaik bagi anggota mengenali secara lebih dekat masyarakat setempat seterusnya mampu mewujudkan kerjasama dalam membenteras jenayah,” katanya. – Utusan

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial